Abah's & Ibu's Little Precious ;)

baby

Wednesday, October 24, 2007

Kesakitan?

Salam,

Rini..Fini nak share sesuatu yg Fini pun dpt dr comment one of blogger yg bru rini Fini bc blog dia. Jom kita share apa yg Fini copy. (sesuka hati je copy kan?) Link dr Fairuzniza.
Anonymous said...

cinta memang menyakitkan jika bertepuk sebelah tangan.
cinta memang menyusahkan bila kita tidak mampu mengambil balik hati yang telah diserahkan pada insan yang tidak layak.

tapi haruskah kita berhenti mencari cinta?

perasaan cinta adalah anugerah yang tidak terhingga daripada Allah, yang tiada pada makhluk-Nya yang lain.
perlukah kita menidakkan kuasa tuhan?
dapatkah kita menghalang diri daripada jatuh cinta lagi?

jadi Siti, sahabat baikku...
jangan berhenti mencari cinta. jangan berhenti menyayangi insan. apa yang patut anda lakukan hanya mencari yang baik. jika yang ada sekarang tidak sebaik yang disangkakan, carilah yang lain. lupakan insan yang menyakitkan hati supaya hati dapat membuka pintunya pada yang lebih layak.

tapi yang perlu anda ingat jangan terlalu gopoh mencari cinta. jangan mudah menyerahkan hati pada insan yang baru dikenali. jangan cepat membiarkan hati menyayangi insan yang belum tahu hujung pangkal perangainya.
jika ada insan yang anda tertarik pada pandangan pertama, mulakanlah dengan niat kawan dan mengenali hati budi. jangan mudah rasa mahu mencari pengganti cinta yang telah hilang.
berilah masa untuk hatimu berehat. dia sudah lama menangis. lukanya amat banyak dan dalam. sembuhkanlah hatimu sesembuh2nya sampai baik lukanya sebelum hati itu diserahkan pada insan baru.
ingatlah. apa yang kita rasa mungkin berbeza daripada insan yang kita disukai. kita mungkin mencintainya, tapi dia mungkin tidak.

jangan berhenti mencari cinta. cinta itu indah sebenarnya.
namun jangan cepat menyerahkan hati. hati sangat lembut dan cepat terluka.

andai anda menjumpai cinta anda, kenalilah cinta anda dulu. biarkan dia serahkan hatinya padamu sebelum anda serahkan hatimu padanya.

salam,
sahabatmu...

p/s:maaf kalau pening dengan kata-kata yang tidak seberapa ini.

Erm, Fini suka baca pendapat ni. =) Fini? No comment. (opps, ada on of my fren really tak suka wordings ni). Tapi Fini mmg tak suka nk share opinion about this, tak semua org akan dpt faham atau cuba faham, percaya pd diri. Walau adakalanya.....

No comments: